Sejarah Tanah Melayu.

Tanah Melayu ‘dijual’ guna kekayaan ekonomi?
September 11, 2020.
(Satu Rencana)

MULA-MULA cangkul sikit-sikit, kemudian tanam ansur-ansur. Hari ini ukur nak alih batu sempadan?

Jangan lebih-lebih ma!

Advertisement

Kerana tanah, orang Cina akan berbuat apa sahaja. Mereka sanggup ‘bertahaluf’ sebaik mungkin untuk mendapatkan sebidang tanah walaupun ‘asalnya’ tanah itu bukan mereka punya. Tetapi episod akhirnya selalu ‘menjadi’, dia punya.

Dahulu, datuk nenek moyang bangsa Cina bersengketa dan berperang sesama mereka berebut Tanah Melayu. Peperangan Larut di Perak (1861-1874) antara kumpulan Ghee Hin di Klian Baru dan Hai San dari Klian Pauh, kedua kumpulan ini bergaduh berebut tanah yang kaya dengan bijih timah dan emas.

Pada September 1870, berlaku peperangan antara tentera Chong Chong dan tentera Yap Ah Loy juga atas isu yang sama. Berebut tanah lombong di Jalan Ampang dan sekitar Kuala Lumpur. Pusat perang saudara Selangor ini musnah angkara persengketaan itu.

Semenanjung Tanah Melayu sebelum kedatangan migran dan penjajah tiada keperluan diwujudkan enakmen Tanah Rizab Melayu. Kerana keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dari Segenting Kra hingga ke kepulauan Riau dan Lingga, seratus peratus secara total adalah pegangan peribumi Melayu.

Menurut Zaharah Sulaiman, seorang penyelidik dan pengkaji sejarah serta penulis buku “Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda”, Tok-tok Batin adalah ‘raja’ yang menjaga tanah-tanah asal dan tanah adat orang Melayu dan berkuasa mengurniakan tanah.

Walau bagaimanapun, British tidak mahu mengikhtiraf Tok-tok Batin ini sebagai raja. Maka terjadilah peperangan pertama penentangan orang Melayu terhadap kuasa luar iaitu Perang Naning 1831 di Melaka.

Di dalam buku-buku sejarah lain pula catatannya. British diberi gambaran sebagai bangsa yang prihatin kepada orang Melayu dan atas sebab itulah kononnya mereka ‘berbesar hati’ membuat Enakmen Tanah Rizab Melayu.

Fakta itu tidak benar sama sekali! Enakmen Tanah Rizab Melayu telah dipaksa oleh Tok-tok Batin (raja ketika itu) ke atas penjajah British demi menjaga hak dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan kekal sebagai milik orang Melayu sampai bila-bila.

British akhirnya terpaksa akur di atas kehendak Tok-tok Batin kerana mereka tidak mahu ‘kerja’ mereka diganggu hingga menyebabkan ‘ayam terlepas tangan bau tahi’ kerana hasil mahsul semenanjung tanah emas ini seperti bijih timah dan emas sudah berada di dalam genggaman mereka.

Pernahkah sesiapa bertanya, mengapa kita terlewat 10 tahun ke belakang mencapai kemerdekaan?

Kita ibarat ‘kesiangan’ berbanding jiran-jiran sebelah yang bangkit lebih awal menjulang panji kemerdekaan kerana pemimpin Melayu terpaksa berunding banyak kali dengan British (lebih 100 kali) demi kepentingan bangsa Melayu. Malangnya pemimpin kita tetap gagal akhirnya. Kita terpaksa melepaskan banyak hak untuk menampung permintaan British dan orang Cina.

Kegagalan ini menyebabkan terbentuk apa yang dinamakan ‘Kontrak Sosial’ yang mengandungi rangka perlembagaan hasil campur tangan empat orang asing, tanpa kehadiran orang Melayu pun di dalamnya.

Umumnya menurut Zaharah, bangsa Melayu waktu itu sebenarnya tidak redha dengan kemerdekaan itu kerana kandungan Kontrak Sosial itu berat sebelah yang akan merugikan orang Melayu.

Dari awal lagi British berpihak pada bangsa Cina sehingga membawa sejuta orang Cina pada waktu itu, dengan setiap daripada mereka diberi pemilikan tanah hasil Kontrak Sosial dengan kaum peribumi Tanah Melayu.

Tanah yang orang Cina perolehi adalah tanah yang bernilai seumpama emas, dan juga tanah lombong. Malangnya di kala itu, bangsa Melayu telah dikhianati oleh British dengan hanya memiliki tanah-tanah di kampung yang nilainya amat rendah.

Siapa individu yang menjadi kaya raya dan mendapat pajakan tanah melombong emas?

Pada tahun 1882, Lim Ah Sam dari Kepulauan Belanda telah mendapat tanah seluas 518,000 hektar di Pahang. Walter Knoggs, 1884 di Raub diikuti Goh Swee Sin, pemodal besar industri perlombongan di Perak berasal dari Singapura.

Di waktu kemerdekaan, Pulau Pinang masih belum sepenuhnya merdeka kerana British memajak tanah selama 4 tahun dan berjanji untuk membayarnya. Malangnya mereka mengkhianati lagi orang Melayu.

British khianat pada janji mereka kerana tanah-tanah Pulau Pinang yang bernilai tinggi itu tidak diserahkan kepada Kerajaan Kedah, sebaliknya diserahkan kepada orang-orang Cina.

British menjadi pembela kepada kaum Cina sehingga mereka menjadi kaya-raya melalui pembiayaan Bank. Kata Zaharah, Modal kaum Cina yang terbesar hasil pajakan tanah di Bank OCBC dan Hong Kong Bank.

“Orang-orang Cina menjadi jutawan dalam sekelip mata tanpa menumpah keringat. Melalui duit bank itu mereka membeli, membeli dan terus membeli. “Money makes money,” jelas Zaharah

Konspirasi British dan orang-orang Cina ini menjadikan bangsa Cina menguasai ekonomi negara kita sepenuhnya. Akibatnya, orang Melayu terus-menerus dipinggirkan dalam ekonomi negara kita hinggalah ke saat ini.

Belajar sejarah supaya kita tahu asal usul Kita.

Zaharah Shah Alam🧕☺️

Advertisement